SIARAN MEDIA PESURUHJAYA PAS KEDAH
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2020
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ ‎
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Sejahtera.
Hari ini genaplah 57 tahun penubuhan Malaysia, sebuah permuafakatan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Malayisa Timur. Erti muafakat ini amat besar nilainya kerana ia menyatukan pelbagai bangsa, bahasa, budaya di bawah payung bendera Jalur Gemilang serta diikat dengan 5 tonggak Rukun Negara.
PAS Kedah amat berbangga kerana sejak tarikh kemerdekaan daripada penjajahan sehinggalah kini, kami adalah antara watak dalam menentukan hala tuju dan pembangunan kemakmuran negara ini. Antara lain ialah mendidik masyarakat untuk meningkatkan sifat Taqwa dan integriti, semangat patriotisma cintakan negara , menolak segala unsur hasutan, fitnah dan rasuah yang boleh memecahbelahkan keharmonian negara ini.
Nilai-nilai ini bertepatan dengan Firman Allah SWT : Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal ( Al-Hujurat : 13) .
PAS Kedah ingin menyeru agar rakyat Malaysia meninggalkan golongan yang suka menimbulkan perpecahan, adu domba yang menggugat keamanan serta kontrak sosial antara kaum yang telah dimeterai. Marilah sama-sama kita membentuk masa depan Negara yang lebih progresif dan memberi kesejahteraan mampan kepada rakyat.
“ MALAYSIA PRIHATIN “
“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”
HAJI AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
28 Muharam 1442H | 16 September 2020
May be an image of one or more people and hair
SIARAN MEDIA PESURUHJAYA PAS KEDAH
MENJUNJUNG KASIH ATAS TITAH DYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ ‎
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Sejahtera.
PAS KEDAH menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.
PAS Kedah menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan berdasarkan statistik semasa COVID-19 yang amat membimbangkan.
Cadangan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait amatlah bertepatan agar “gencatan politik” yang sebenar dapat dizahirkan demi kepentingan rakyat.
Sebagai langkah memutuskan rantaian Covid19, PAS Kedah merayu kepada semua rakyat agar terus berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Janganlah leka kerana “musuh” yang tidak dapat dilihat ini masih berleluasa di persekitaran kita.
PAS Kedah tidak jemu untuk mengingatkan agar kita semua teruskan berdoa kepada Allah SWT semoga segera mengangkat musibah ini dan melimpahkan rahmatNya untuk kita semua.
Firman Allah SWT,
قالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتي سَيَدخُلونَ جَهَنَّمَ داخِرينَ
“Berdoalah kepada-Ku, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam dalam keadaan hina dina”
Surah Al-Ghafir : 60
“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”
AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
28 Jamadil Awal 1442H | 12 Januari 2021
May be an image of 1 person and on stage