YB SENATOR USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
YB Senator Ustaz Ahamd Yahaya dilahirkan di Jitra pada tanggal 4 April 1975.
Berkongsi hidup bersama seorang guru iaitu Ustazah Rafida Ramli dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Anak – Anak Angkatan Tentera, Tok Jalai sebelum meneruskan pembelajaran di Madrasah At Taufikiah Al Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya), Padang Lumat. Seterusnya beliau berpeluang menyambung pelajaran ke bumi para anbiya, Mesir iaitu di Maahad Bu’uth Al Islamiah, Kaherah serta Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah & Undang – Undang. Disamping itu, beliau berkesempatan menimba ilmu di Universiti Islam Negeri, Riau, Indonesia dalam jurusan Ilmu Dakwah.
Jawatan yang pernah disandang
Ahli Dewan Undangan Negeri, Alor Mengkudu (2013-2018)
Ahli Dewan Negara (2020)
Jawatan yang dipegang dalam organisasi bukan politik
Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)
Jawatan yang dipegang dalam politik
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan & Hubungan Media PAS Pusat
Timbalan Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ PAS Negeri Kedah
Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum
Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar
Ketua PAS Cawangan Tok Keling