YB Senator Ustaz Ahamd Yahaya dilahirkan di Jitra pada tanggal 4 April 1975.

Berkongsi hidup bersama seorang guru iaitu Ustazah Rafida Ramli  dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Anak – Anak Angkatan Tentera, Tok Jalai sebelum meneruskan pembelajaran di Madrasah At Taufikiah Al Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya), Padang Lumat. Seterusnya beliau berpeluang menyambung pelajaran ke bumi para anbiya, Mesir iaitu di Maahad Bu’uth Al Islamiah, Kaherah serta  Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah & Undang – Undang. Disamping itu, beliau berkesempatan menimba ilmu di Universiti Islam Negeri, Riau, Indonesia dalam jurusan Ilmu Dakwah.

 Jawatan yang pernah disandang

Ahli Dewan Undangan Negeri, Alor Mengkudu (2013-2018)

Ahli Dewan Negara (2020)

Jawatan yang dipegang dalam organisasi bukan politik

Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)

Jawatan yang dipegang dalam politik

Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah

Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan & Hubungan Media PAS Pusat

Timbalan Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ PAS Negeri Kedah

Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar

Ketua PAS Cawangan Tok Keling