Kempen PAS Pilihanku Inisiatif Untuk Memperkenalkan PAS Kepada Rakyat

Kempen PAS Pilihanku Inisiatif Untuk Memperkenalkan PAS Kepada Rakyat

Oleh: MUHAMMAD IQBAL

SIK, 28 JUN – Kempen PAS Pilihanku merupakan inisiatif untuk memperkenalkan PAS kepada rakyat seterusnya  membuat pilihan mengundi PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB Senator Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahya berkata kempen PAS Pilihanku merupakan inisiatif yang terawal untuk memperkenalkan PAS kepada rakyat Malaysia ketika berucap pada majlis pelancaran kempen PAS Pilihanku 4.0 pada Sabtu di Dewan Al Hana, di sini.

“Di sepanjang 70 tahun lebih PAS berada di persada politik negara, dalam suasana politik yang berkecamuk. suasana politik yang tidak menentu, Insyaallah rakyat yang bijak untuk menilai siapa yang hendak dipilih.

“Maka kita yakin dengan kempen ini orang akan dapat mengenali PAS dengan lebih dekat,” katanya

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah berkata PAS di peringkat negeri dan kawasan perlu bekerja dengan lebih kuat untuk menyampaikan mesej dakwah kepada rakyat bahawa PAS perlu di pilih sebagai parti politik utama dalam negara ini. 

“PAS akan memimpin masyarakat, ummat dan negara ini kearah mendapat redha Allah SWT dan PAS memberi jaminan Insyaallah kestabilan, kebaikan limpahan kepada rakyat seluruhnya apabila kita menjunjung tinggi titah perintah Allah SWT dalam kehidupan.” ujarnya.

PAS Pilihanku 4.0 yang akan dijalankan selama enam bulan bermula Julai ini meletakkan sasaran minima 50 ribu keahlian baharu.

Sebagai rekod, Kempen penambahan keahlian PAS kali keempat ini (PAS Pilihanku 4.0) diadakan selepas ianya pada kali pertamanya diadakan pada tahun 2017 dan berjaya mendaftarkan ahli baharu seramai 41,953 orang kemudian diteruskan pada tahun 2019 (PAS Pilihanku 2.0) dan seramai 46,553 orang ahli baharu telah diterima dan diluluskan. 

Pada tahun 2020, sekali lagi kempen ini dilaksanakan (PAS Pilihanku 3.0) namun kempen ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana negara dan dunia telah diserang dengan COVID-19. Namun begitu, seramai 41,624 orang ahli baharu telah berjaya diterima dari seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.