PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) PENJARA POKOK SENA

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) PENJARA POKOK SENA

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Pokok Sena berkuatkuasa mulai 11 Oktober sehingga 24 Oktober 2020.

Pelaksanaan ini adalah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam kawasan tersebut dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dan ujian calitan secara bersasar dapat dijalankan.Sumber : MKN Negeri Kedah.